Transgender dan Cahaya

Pondan,maknyah,bapok..itu yang sering kau gelarkan aku. Kau jijik melihat aku, bermula dari wajah, lekuk tubuh, lenggok suara dan perwatakkanku. Setiap inci diriku engkau hujani dengan cemuhan tajam yang menjadikan aku ini manusia tanpa darjat di dunia. Kau menjatuhkan hukuman neraka padaku, kau hina, hina dan terus hina. Langkah keluar pertamaku dari pintu, kau iringi dengan jelingan sinis mu, kau selingkan dengan jenaka bodohmu, kau tampil bersahaja meletakkan aku di lembah durja. Hidup aku tidak sunyi dari malapetaka yang kau cipta. Pernah dulu, aku cuba lari dari dunia kelabu. Pilih warna hitam atau putih dan bukan diantara keduanya. Pernah dulu, aku kembali pada apa yang mereka gelar sebagai kejadian azali, namun ia tidak semudah memakai dan menanggal celana. Tika aku merangkak mencari cahaya, tika itu datangnya bencana, yang membuatkan aku benci pada dunia. Aku diheret umpama tak bernyawa, diperkosa mereka yang berkuasa. Perkosa? Kau anggap ia jenaka. Mana mungkin wanita fotokopi sama tarafnya dengan yang asli. Jika benar kau anggap aku begitu rupa, mengapa nafsu buasmu, rakus meratah setiap inci tubuhku. Aku yang kau kira hina, kau paksa jika mahu ,kau humban jika tak perlu. Aku juga ada jiwa, ada maruah yang perlu kau hormati. Aku tidak ganggu sesiapa, aku hidup hanya beridentitikan apa yang aku rasa kena dengan jiwa. Ya, aku tahu, aku berdosa pada agama yang satu tapi adakah aku berdosa pada kau? Adakah aku berdosa pada mereka?. Kau tahu jawapannya. Layakkah kau menjadi pemutus syurga neraka. Jika kau benar ahli syurga,pimpinlah aku ke sana. Aku perlu daya dan cahaya untuk aku terus memadam dosa.
Coretan di atas bukan berniat untuk menyokong golongan transgender ataupun menyelar golongan tersebut. Namun lebih kepada memperingatkan tentang tanggungjawab sebenar sebagai manusia. Kadang kita leka menghukum tanpa rasa berdosa, mungkin kerana kita tidak ditempat mereka ataupun mungkin itu cara kita mengekspresikan keprihatinan..tapi fikirkan kembali, adakah niat menghalalkan cara?.Pesanan terakhir, baiki niat, susun langkah dan suluhkan cahaya.

pesanan penulis : lihat dunia mereka dengan kanta berbeza =)

akhir kata,
Assalamualaikum, tak jawab dosa, kalau jawab i suka 😉

love, faz fadzil

Advertisements

cerita CINTA aku, kau , kita dan mereka (baca,hayati dan kongsi)

aku dan kau.kita.. ya,aku berbicara tentang kita..bukan cerita cinta yang menjemput khayalan tetapi cerita cinta pada dunia yang dilupakan.. kau dan aku,kita sama,kau merungut tika lapar, kau mengadu jika x selesa, kau lantang bersuara jika dicerca. maaf,bukan kau. tapi kita. ya, kita sering mengadu terbebannya dek dunia.letihnya hidup kerana cita, lelahnya untuk terus jaga.. jika itu bukan kau, ini bukan cerita kita..tapi benarkah kau bukan sebahagian dari kita?..kau pasti? kerana aku sedar kadang kita terlalu leka dengan dunia .kita leka dengan kurniaan yang kita ada. kita nikmatinya tanpa dikongsi.. kongsi? kenapa perlu kongsi.? rezeki aku,milik aku,bukan dia atau sesiapa..! iya kan, kenapa perlu kongsi? ..kita bongkak, bakhil dan pentingkan diri.. benar? jika kau nafi,aku mahu tanya, bukan pada kau saja, pada aku juga. sepanjang nafas yang dikurnia pencipta, wujudkah simpati pada mereka? selama masih berdetik masa adakah kenal sengsaranya mereka?selera kita dipenuhi,adakah mereka sama? warna pelangi kadang kita nikmati namun kita lupa pancarkan indahnya warna pada mereka… kau tahu siapa mereka? mereka cuba mencari ruang di ceruk2 dunia, dihina tenpa bela, dipandang sebelah mata.. mereka ini umpama pelarian di bumi tanah tumpah darah sendiri,..kelihatan samar di mata kita.. kita? adakah kita masih mahu kekal sebagai ‘kita’..? jika tanya aku,..aku mahu keluar dari ‘kita’ , aku mahu berhenti dari terus buta dan tuli .aku harap kau pun sama..

assalamualaikum dan hello readers..my sharing today is just want to spread sedikit kebaikan, x byk, tapi harap dapat bagi kesedaran dekat kita semua. Recently, saya join satu group of student untuk membantu mendapatkan pembelaan terhadap Rumah Jagaan OKU Nur, untuk pengetahuan semua, pusat jagaan ini telah beroperasi dari tahun 2005 hingga 2015 iaitu selama lebih kurang 10 tahun. Sepanjang operasi, pusat jagaan ini sudah 4 kali bertukar tempat akibat tidak menddapat kelulusan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan menurut Akta Pusat Jagaan 1993 dan syarat yang tidak ditepati ialah kerana kedudukan rumah dan masalah pemilikan rumah. Pengusaha Pusat Jagaan Titian OKU Nur ini bukanlah individu berlatarbelakangkan keluarga berada mahupun golongan berpangkat dan berharta, beliau hanya seorang wanita yang kelainan upaya namun berjiwa murni mahu membantu mereka yang senasib sepertinya dan orang-orang tua yang dilupakan pengorbanan oleh anak-anak. 57 orang penghuni di sini yang terdiri dari kanak-kanak OKU, OKU dan warga tua yang dihantar oleh keluarga dan ada juga yang meminta ruang untuk menghabiskan sisa-sisa hidup disini. Ruang kecil yang dikongsi masih mereka syukuri namun mereka ini bakal diusir dari ruang yang umpama dunia dan segalanya pada mereka. Pengusaha diminta mengosongkan premis operasi dalam tempoh dua bulan lagi iaitu ketika kita semua gembira menyambut Aidilfitri hanya kerana tidak mendapat kelulusan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. urm.. kebajikan?. siapa yang mampu bela kebajikan mereka ini, jika tempat bergantung juga seakan menggantung mereka..? x mengapa, kita usaha lebih sedikit lagi untuk bantu mereka yang kini hidup umpama telur dihujung tanduk..apa yang kami mampu lakukan kini, ialah mengusahakan kawasan yang sesuai dan melengkapi prosedur yang dikehendaki, tapi jika kerenah birokrasi umpama menguji, ketika itu kuasa mahasiswa akan kami tonjolkan.. kepada awak awak diluar sana, jika mampu, mungkin material sangat membantu, jika ikhlas , doa dan sokongan amat dihargai.. teruskan menanti update dari saya n team melalui fb saya, ‘fazliyana fadzil’ dan selaku head of our team ‘anif azami’ for this serious issue. Keprihatinan anda, Harapan bagi mereka.. jangan lupa pm jika ada yang berminat untuk membantu dan kami membuka seluas2 pintu gerbang menjemput anda untuk turut sama membela nasib rumah jagaan ini.. #KeadilanUntukYangTertindas #SelamatkanPusatJagaanTitianOKUNur #MisiBantuPusatJagaanTitianOKUNur

Pesanan Penulis : entri kali ni serious matter,mohon share and spread the news k.moga usaha kecil kita dapat membantu…lagi satu nak pesan untuk saya dan awak awak kat luar sana..rezeki yang Allah kurnia bukan sepenuhnya milik kita, ada hak orang lain didalamnya..  🙂

last word dari saya..
Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab i suka  😉

AKU PELACUR

Aku pelacur.Aku perempuan yang digelar sundal.Aku yang berada di lorog-lorong gelap di waktu cengkerik menyanyi indah iramanya. Ya,aku juga si jalang yang sering kau pandang dengan lirik mata penuh hina. Bukan itu sahaja, aku juga yang melayan nafsu-nafsu binatang sang pendosa yang dahagakan syurga dunia. Pendosa? Mulia sangat kah aku untuk menempel gelaran itu pada mereka. Aku tidak pasti. Jika tanya pada kau, aku sudah pasti jawapannya akan membuatkan aku rasa lebih rendah tarafnya dari anjing kurap yang menumpang hidup di ceruk ceruk kota. Jika boleh ku pilih dan lukis semula kisah hidup aku, ini pasti bukan dunia yang aku idam. Aku tidak pilih untuk hidup begini. Aku tidak rela sejujurnya. Bilang padaku, siapa rela melayan gelora hina sang rakus yang aku sendiri tak kenal siapa. Bilang padaku, siapa rela hidup di lorong-lorong gelap yang tiada secalit makna mulia disisi manusia. Kau fikir aku rela?. Kau fikir ini yang aku pilih?. Jika bisa, ingin sahaja aku laungkan pada dunia yang aku bukan seperti yang kau lihat, yang kau fikir dan yang kau hina. Aku sendiri loya melihat duniaku. Ingin aku lari, tapi kemana?. Kau fikir senang mahu keluar dari sini? Siapa mahu bantu? Kau? Haha. Kau hanya mampu memberi tohmahan hina yang memaksamu merangkak mencariku di padang masyar nanti. Masyar? Pelacur bercakap tentang dunia ukhrawi?. Lawak zaman millenniumkah ini?. Persetankan lah. Aku cuma rindu hidup aku yang dulu,yang pagiku terisi dengan nyamannya bau embun dan petangnya terusik lembutnya angin dari lautan Sulawesi. Malamku dulu, dikelilingi anak anak kecil yang tidak sabar sabar menunggu giliran untuk mentalaqi bacaan Quran denganku. Sekarang, apa yang kau fikir tentang aku? Pelacur terdesak yang hipokrit? ..akan ku jerkah tepat dihadapan muka kau jika mampu.Itu aku yang dulu,itu memang aku, diriku yang sebenar!.Cuma ia hilang, lesap dan malap serta merta setelah dia bawa aku pergi dengan paksa rela. Rela kerana ibu yang terlantar sakit dikampung, dua adikku yang mengharap duit poket dariku dan ayah yang sering memaksa aku mencari nafkah yang lebih upahnya dari menjadi ustazah kampung. Paksa kerana jauh dari keluarga. Dia bawa aku, jauh menyeberang lautan dengan janji diberi bekalan kesenangan yang boleh dikongsi bersama keluarga. Aku ikut dia, kerana tak tertahan hati melihat derita keluarga .Namun ku sangka keluar dari mulut buaya rupanya sesat dibaham serigala. Aku tertipu, rezeki halal yang ku nanti namun lorong hitam yang ku temui. Pernah aku lari, aku minta simpati, tapi orang orang seperti kau, pernah ke peduli? Kau bilang, aku ini hanya pendatang yang merosak sebuah negara yang bernama Malaysia!

RENUNGKAN..berapa ramai lagi pelacur-pelacur yang sering kita pandang hina di luar sana yang sebegini jalan ceritanya?. Sedarkah kita, kita terlalu banyak menghukum tanpa memikirkan secara rasionalnya.Cerita diatas mungkin hanya cebisan kecil dari realiti hidup mereka yang sering kita pandang hina di luar sana. kita merendahkan darjat hanya kerana mereka bukan ber’IC’ biru dan hanya kerana kita melihat betapa jijiknya cara mereka mencari sesuap nasi. Cuba kita renung, cuba kita curahkan sedikit nilai kemanusiaan kepada mereka. Majoriti mereka ini mangsa yg tertipu oleh sindeket pemerdagangan manusia. mereka ini bukan sahaja dipaksa menjadi pelacur, ada juga yang menjadi amah, buruh kasar dan pekerja kilang yang tidak diberi hak asasi manusia yg sewajarnya. Bukan menyokong kerjaya ini, namun lihat diri,tanya akal..wajarkah kita sebagai manusia  terus berdiam diri melihat insan insan seperti ini terus tertindas.. mahukan kita biarkan mereka melewati usia tua dalam hidup yg terseksa seperti ini.. Pelacur tua.! Kau ingat mereka rela? . renungkan coretan ini dan ambil tindakan!
Pesanan Penulis : ‘aku’ dalam cerita ini bukan aku dan jangan streotaip mereka!

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab i suka 😉

love,faz =)

emm..abang geram!

‘Putihnya..kalau dapat ni..emm’ , ‘besar..mesti sedap’, ‘emm..abang geram’. Ekspresi nakal dan menganggu ini acap kali menjadi santapan jijik ketika melayari media sosial seperti ‘Facebook’ dan ‘Instagram’. Selain dari komen-komen berunsur lucah seperti ini, ada yang lebih ekstrem yang mengeluarkan penyataan keinginan untuk merogol. Mangsa-mangsa gangguan lucah biasanya terdiri dari wanita. Gambar-gambar yang dikongsi di media sosial menjadi platform lelaki-lelaki gersang melempiaskan nafsu dan berdiskusi lucah.

Lucah?. Apa itu lucah?. Menurut Kamus Dewan Bahasa Pelajar Edisi Ke-2, lucah membawa maksud hina, tidak senonoh, tidak sopan, keji dan sangat rendah. Lucah boleh diekspresikan  melalui perbuatan dan perkataan dengan kesan memberi gangguan terhadap mangsa. Namun, bagi pendapat penulis, tafsiran lucah berbeza pada setiap individu. Hal ini kerana wujud sekumpulan manusia yang menganggap lucah sebagai jenaka dan pujian namun bagi pihak yang lain ia dianggap sebagai satu gangguan seksual. Contohnya, ada sesetengah wanita berbangga apabila ada lelaki yang berkata sesuatu tentang buah dadanya yang besar dengan perkataan seperti ‘hey,nice boobs’ namun ada juga yang menganggap ia sebagai sejenis gangguan seksual dan lucah. Bagi penulis, sebagai orang timur yang menjunjung tinggi adab dan tatasusila, perbuatan atau perkataan berunsur lucah dianggap memalukan dan mencerminkan kerendahan moral dan akhlak individu.

Namun,salah siapa? Lelaki yang memberi reaksi berunsur lucah ataupun wanita yang berkongsi gambar di media sosial?. Jika ditanya pada kelompok patriaki pasti mereka akan meletakkan beban kesalahan pada wanita dengan jawapan klise ‘wanita yang tunjuk, lelaki komen la’ atau ‘siapa suruh pakai seksi-seksi,hak kami la untuk komen apa sahaja’. Mungkin benar jika lelaki mengatakan, salah wanita itu sendiri yang berkongsi  gambar yang mengundang nafsu lelaki tetapi jika respon yang diberi melampau dan menggugat keselamatan seperti ugutan merogol ia dianggap sebagai satu kesalahan yang boleh disabit kesalahan dibawah akta 574, Seksyen 503 iaitu kesalahan menakutkan dengan jenayah dengan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Gangguan seksual di media sosial yang dihadapi wanita sudah menjadi kebiasaan kerana lelaki-lelaki gersang ini tanpa segan silu menyuarakan keinginan nakal mereka secara terbuka. Ekspresi-ekspresi nakal ini, dilihat sangat kotor dan jahil kerana yang menjadi sasaran bukan sahaja wanita yang dengan sengaja beraksi murahan tetapi ada juga wanita yang berkongsi foto biasa turut menjadi mangsa. Mungkin kerana wajah ayu mereka, membuatkan lelaki-lelaki gersang ini turut mensasarkan mereka sebagai mangsa. Contohnya, baru-baru ini, pelakon tempatan, Emma Maembong berkongsi gambar bersama monyet peliharaannya sambil berpeluk. Gambar itu menjadi kontroversi apabila wujud jejaka miang memberi respon lucah iaitu ‘monyet naik stim’ dan ‘sedap tidur atas dada Emma’. Komen komen seperti ini jelas sekali menunjukkan betapa ceteknya akal dan nakalnya imaginasi lelaki-lelaki gatal ini. Selain itu, wujud juga laman laman di Facebook yang mengambil gambar gadis gadis dan wanita tanpa izin untuk dijadikan tatapan lelaki berhidung belang sambil berdiskusi lucah, antara laman-laman kotor ini ialah Awek Melayu Mantap dan Gadis Melayu Bertudung Mantap. Gambar yang diambil tanpa izin ini, jelas sekali menjatuhkan maruah pemilik gambar kerana, ‘caption’ dan komen yang ditulis kelihatan sangat melampau walau gambar yang dipertonton hanya wanita cantik yang sedang tersenyum. Perkara perkara seperti ini sudah pasti memberi impak negatif kepada mangsa, kerana maruah mereka telah dipermainkan dan sudah tentu menggugat keselamatan mereka. Jadi, dimana letaknya keadilan bagi kelompok yang dikategorikan teraniaya seperti ini. Kebebasan mereka terbatas dan diri rasa terancam. Wujudkah undang-undang siber yang melindungi mereka seperti ini. Jika ancaman berbentuk ugutan, mereka yang bersalah boleh dihadapkan ke mahkamah namun jika gangguan hanya dalam bentuk ucapan ucapan nakal yang menyebabkan rasa tidak selesa, apa yang patut mereka lakukan?.

Haa, sebagai seorang pengguna yang bijak, kita perlu tahu tentang tindakan yang boleh diambil jika berhadapan dengan gangguan seperti ini. Jangan biarkan pembuli atau si gatal di alam siber ini terus bermarajalela, ambil tindakan bijak dengan melaporkan kepada pihak berkuasa. Kes akan diadili mengikut Seksyen 223, Akta Komunikasi dan Multimedia iaitu sebarang komen, permintaan, cadangan, atau setiap komunikasi yang kedengaran lucah, tidak senonoh, palsu, mengancam atau serangan dengan niat untuk menjengkelkan, memaki, mengancam, atau mengacau orang lain dianggap suatu kesalahan. Pesalah boleh dikenakan dendaa maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.

Nasihat penulis, jadilah individu yang rasional dalam menangani masalah,namun perlu ada langkah awal bagi mengelakkan masalah iaitu, tapis perkongsian anda di media sosial, hormati maruah diri sebelum mengharapkan orang lain menghormati anda. Sayang diri, aib terpelihara.

pss.. entri kali ni lebih formal struktur ayatnya sbb ni my article for one of my course, moga bermanfaat..
assalamualaikum..kalau x jawab dosa, kalau jawab i suka 😉

love bentuk hati , kucing dgn ayam crispy ;p

kau suka x semestinya kau cinta. kau sayang x semestinya kau cinta..tapi kalau kau tanya, apa itu cinta? aku pon x pasti nak jawab ape.. umm.. complicated! aku tanya kau, apa itu cinta? aku tahu kau akan jawab..perlu ada sayang dan percaya tapi kalau kau tanya aku, aku percaya ke itu cinta, ak jawab, tak,aku x percaya..sebab nye..ada ke orang yang boleh percaya orang lain seratus percent mcm percayakan keluarga?..kucing kau pun kau x percaya nk tnggal dia berkhalwat dgn ayam goreng crispy kau (aku tahu hambar =_=)..  cinta? pernah ke aku rasa cinta..umm..jawapan tu pon aku x pasti.. teruk betul kan, benda mcm tu pon x tahu. macam x pernah bercinta je..kalau kecewa tu tanda cinta ke? kalau cinta tu kena manja2 ke? kalau cinta rock2 x boleh ke? kalau cinta cm dalam drama tu wujud ke? ehh.. x faham la.! byk betul persoalan aku pasal cinta ni..aishh.. bagi la aku soalan ilmiah, lagi senang dari persoalan2 mcm ni.. dan persoalan aku yang terakhir.. benarkah love bentuk hati?
pss.. : aku tinggalkan korang dengan puisi x seberapa ni

cinta..
kau ucap mungkin dengan rasa atau sebagai perasa
perasa?
membungakan kata
penghidup gelora
jika kau kata kerana rasa
apa sebabnya
kerana ayu wajahnya
atau budi pekertinya
persetan jika kau kata wajah bukan yang utama
kerana apa?
kerana kau  & aku manusia
jadi kejadah apakah itu cinta?

(pss…jiwang kemain)
assalamualaikum,x jawab dosa, kalau jawab i suka 😉
love,faz fadzil =)

ZOOPHILIA AND BESTIALITY.. UMMM

Assalamualaikum and Peace Upon U.. dear readers (acah2 famous je, haha)
okay..last sem i’m taking Introduction to Sociology class..its quite interesting n one of the sub topic is SEXUAL ORIENTATION. Seperti yg korang2 semua tahu, sexual orientation tu ialah kecenderungan seksual yg bukan norma. Mengikut norma dan ajaran agama, hanya heterosexsual yg diterima iaitu hubungan seksual antara pasangan yang berlainan jantina.. so… apabila mereka2  ini mempunyai kecenderungan seks yg berbeza iaitu selain heteroseksual maka akan diistilahkan mempunyai orientasi seksual.Contoh orientasi seksual yang most of us tahu ialah LGBT..tapi x ramai yg sedar there is kind of people yg mempunyai citarasa seksual yg lebih RARE… jeng.jeng.jengggggg~~~ ZOOSEKSUALITI itulah yg saya akan kongsi harini 😉
Zooseksualiti ialah orientasi seksual yang melibatkan manusia dengan haiwan  ia juga dikaitkan dengan terma ‘Zoophilia’ dan ‘Bestiality’.

Namun kedua terma ini mempunyai maksud yang berbeza iaitu Zoophilia merujuk kepada mereka yang mempunyai  perasaan & tarikan secara seksual dan emosi terhadap haiwan..thats mean dia deeply2 in love with animals and menjalinkan hubungan dengan haiwan tu..tapi Zoophile (gelaran untuk mereka yg Zoophilia) x semestinya having seks dgn haiwan tu, ade jugak hanya sekadar cintakan haiwan tu (tapi bukan cinta biasa2 k) n x lakukan seks tapi ini kes2 terpencil.

Term kedua, Bestiality yang merujuk pd prilaku seks dengan haiwan tanpa melibatkan sebarang tarikan perasaan dan emosi. so individu ni, having seks with animals just untuk puaskan nafsu..so…nampak kan perbezaan antara zoophilia dan bestiality.

..korang da nampak kan orientasi seksuall bukan shj melibakan LGBT, sbnrnya byk lagi as example Objectophilia,Mechanophilia,Dendrophilia,Pedophilia (ye,Pedophilia is one of the sex orientation n i HATE it so much! ) and so many on…..

Berbalik kepada zooseksualiti, isu betul atau salah tidak akan dibangkitkan kerana setiap yang terjadi pasti sebab tersendiri kan..haa…contohnya, ada satu kelompok di Northern Coast of Columbia yg dididik @ dibudayakan dengan fuck donkey. x percaya? nanti saya tnggalkan link documentary untuk korang tengok k.. thats why saya nyatakan setiap yang terjadi pasti ada sebab,n one of the reason is they are being nurtured by that situation or we called as SOCIALISATION process..so lepas2 ni kalau kita jumpa mereka2 yg ada orientasi seksual yang berbeza, jangan terus nk cop negatif je, u better go and ask them nicely. kalau nak tahu lebih lanjut, uols boleh tengok slide yg telah diAttached or drop komen jugak k.

Itu saja perkongsian dari saya, segala kebaikan datang dari ALLAH S.W.T dan keburukan itu datang dari kelemahan diri saya sendiri. Sebarang kesalahan harap dimaafkan.maklum la iols ni budak baru belajar.salam kosong2 😉

link documentary : https://www.youtube.com/watch?v=_VKWLC87Uzw

love,faz 🙂
zooseksualiti slide show