emm..abang geram!

‘Putihnya..kalau dapat ni..emm’ , ‘besar..mesti sedap’, ‘emm..abang geram’. Ekspresi nakal dan menganggu ini acap kali menjadi santapan jijik ketika melayari media sosial seperti ‘Facebook’ dan ‘Instagram’. Selain dari komen-komen berunsur lucah seperti ini, ada yang lebih ekstrem yang mengeluarkan penyataan keinginan untuk merogol. Mangsa-mangsa gangguan lucah biasanya terdiri dari wanita. Gambar-gambar yang dikongsi di media sosial menjadi platform lelaki-lelaki gersang melempiaskan nafsu dan berdiskusi lucah.

Lucah?. Apa itu lucah?. Menurut Kamus Dewan Bahasa Pelajar Edisi Ke-2, lucah membawa maksud hina, tidak senonoh, tidak sopan, keji dan sangat rendah. Lucah boleh diekspresikan  melalui perbuatan dan perkataan dengan kesan memberi gangguan terhadap mangsa. Namun, bagi pendapat penulis, tafsiran lucah berbeza pada setiap individu. Hal ini kerana wujud sekumpulan manusia yang menganggap lucah sebagai jenaka dan pujian namun bagi pihak yang lain ia dianggap sebagai satu gangguan seksual. Contohnya, ada sesetengah wanita berbangga apabila ada lelaki yang berkata sesuatu tentang buah dadanya yang besar dengan perkataan seperti ‘hey,nice boobs’ namun ada juga yang menganggap ia sebagai sejenis gangguan seksual dan lucah. Bagi penulis, sebagai orang timur yang menjunjung tinggi adab dan tatasusila, perbuatan atau perkataan berunsur lucah dianggap memalukan dan mencerminkan kerendahan moral dan akhlak individu.

Namun,salah siapa? Lelaki yang memberi reaksi berunsur lucah ataupun wanita yang berkongsi gambar di media sosial?. Jika ditanya pada kelompok patriaki pasti mereka akan meletakkan beban kesalahan pada wanita dengan jawapan klise ‘wanita yang tunjuk, lelaki komen la’ atau ‘siapa suruh pakai seksi-seksi,hak kami la untuk komen apa sahaja’. Mungkin benar jika lelaki mengatakan, salah wanita itu sendiri yang berkongsi  gambar yang mengundang nafsu lelaki tetapi jika respon yang diberi melampau dan menggugat keselamatan seperti ugutan merogol ia dianggap sebagai satu kesalahan yang boleh disabit kesalahan dibawah akta 574, Seksyen 503 iaitu kesalahan menakutkan dengan jenayah dengan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Gangguan seksual di media sosial yang dihadapi wanita sudah menjadi kebiasaan kerana lelaki-lelaki gersang ini tanpa segan silu menyuarakan keinginan nakal mereka secara terbuka. Ekspresi-ekspresi nakal ini, dilihat sangat kotor dan jahil kerana yang menjadi sasaran bukan sahaja wanita yang dengan sengaja beraksi murahan tetapi ada juga wanita yang berkongsi foto biasa turut menjadi mangsa. Mungkin kerana wajah ayu mereka, membuatkan lelaki-lelaki gersang ini turut mensasarkan mereka sebagai mangsa. Contohnya, baru-baru ini, pelakon tempatan, Emma Maembong berkongsi gambar bersama monyet peliharaannya sambil berpeluk. Gambar itu menjadi kontroversi apabila wujud jejaka miang memberi respon lucah iaitu ‘monyet naik stim’ dan ‘sedap tidur atas dada Emma’. Komen komen seperti ini jelas sekali menunjukkan betapa ceteknya akal dan nakalnya imaginasi lelaki-lelaki gatal ini. Selain itu, wujud juga laman laman di Facebook yang mengambil gambar gadis gadis dan wanita tanpa izin untuk dijadikan tatapan lelaki berhidung belang sambil berdiskusi lucah, antara laman-laman kotor ini ialah Awek Melayu Mantap dan Gadis Melayu Bertudung Mantap. Gambar yang diambil tanpa izin ini, jelas sekali menjatuhkan maruah pemilik gambar kerana, ‘caption’ dan komen yang ditulis kelihatan sangat melampau walau gambar yang dipertonton hanya wanita cantik yang sedang tersenyum. Perkara perkara seperti ini sudah pasti memberi impak negatif kepada mangsa, kerana maruah mereka telah dipermainkan dan sudah tentu menggugat keselamatan mereka. Jadi, dimana letaknya keadilan bagi kelompok yang dikategorikan teraniaya seperti ini. Kebebasan mereka terbatas dan diri rasa terancam. Wujudkah undang-undang siber yang melindungi mereka seperti ini. Jika ancaman berbentuk ugutan, mereka yang bersalah boleh dihadapkan ke mahkamah namun jika gangguan hanya dalam bentuk ucapan ucapan nakal yang menyebabkan rasa tidak selesa, apa yang patut mereka lakukan?.

Haa, sebagai seorang pengguna yang bijak, kita perlu tahu tentang tindakan yang boleh diambil jika berhadapan dengan gangguan seperti ini. Jangan biarkan pembuli atau si gatal di alam siber ini terus bermarajalela, ambil tindakan bijak dengan melaporkan kepada pihak berkuasa. Kes akan diadili mengikut Seksyen 223, Akta Komunikasi dan Multimedia iaitu sebarang komen, permintaan, cadangan, atau setiap komunikasi yang kedengaran lucah, tidak senonoh, palsu, mengancam atau serangan dengan niat untuk menjengkelkan, memaki, mengancam, atau mengacau orang lain dianggap suatu kesalahan. Pesalah boleh dikenakan dendaa maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.

Nasihat penulis, jadilah individu yang rasional dalam menangani masalah,namun perlu ada langkah awal bagi mengelakkan masalah iaitu, tapis perkongsian anda di media sosial, hormati maruah diri sebelum mengharapkan orang lain menghormati anda. Sayang diri, aib terpelihara.

pss.. entri kali ni lebih formal struktur ayatnya sbb ni my article for one of my course, moga bermanfaat..
assalamualaikum..kalau x jawab dosa, kalau jawab i suka 😉

Advertisements

2 comments

  1. Khaimedic · May 1, 2015

    Assalamualaikum.. A man who lowers his gaze is a real man because he is strong enough to fight his desires.. With the advent of technology, man are daring enough to hide behind their technology..
    Good luck for your course!

    Liked by 1 person

    • faz fadzil · May 9, 2015

      waalaikumsalam..yes,it is.. semoga lebih byk spesies2 yg hampir pupus seperti itu 🙂 tq 🙂

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s