cerita CINTA aku, kau , kita dan mereka (baca,hayati dan kongsi)

aku dan kau.kita.. ya,aku berbicara tentang kita..bukan cerita cinta yang menjemput khayalan tetapi cerita cinta pada dunia yang dilupakan.. kau dan aku,kita sama,kau merungut tika lapar, kau mengadu jika x selesa, kau lantang bersuara jika dicerca. maaf,bukan kau. tapi kita. ya, kita sering mengadu terbebannya dek dunia.letihnya hidup kerana cita, lelahnya untuk terus jaga.. jika itu bukan kau, ini bukan cerita kita..tapi benarkah kau bukan sebahagian dari kita?..kau pasti? kerana aku sedar kadang kita terlalu leka dengan dunia .kita leka dengan kurniaan yang kita ada. kita nikmatinya tanpa dikongsi.. kongsi? kenapa perlu kongsi.? rezeki aku,milik aku,bukan dia atau sesiapa..! iya kan, kenapa perlu kongsi? ..kita bongkak, bakhil dan pentingkan diri.. benar? jika kau nafi,aku mahu tanya, bukan pada kau saja, pada aku juga. sepanjang nafas yang dikurnia pencipta, wujudkah simpati pada mereka? selama masih berdetik masa adakah kenal sengsaranya mereka?selera kita dipenuhi,adakah mereka sama? warna pelangi kadang kita nikmati namun kita lupa pancarkan indahnya warna pada mereka… kau tahu siapa mereka? mereka cuba mencari ruang di ceruk2 dunia, dihina tenpa bela, dipandang sebelah mata.. mereka ini umpama pelarian di bumi tanah tumpah darah sendiri,..kelihatan samar di mata kita.. kita? adakah kita masih mahu kekal sebagai ‘kita’..? jika tanya aku,..aku mahu keluar dari ‘kita’ , aku mahu berhenti dari terus buta dan tuli .aku harap kau pun sama..

assalamualaikum dan hello readers..my sharing today is just want to spread sedikit kebaikan, x byk, tapi harap dapat bagi kesedaran dekat kita semua. Recently, saya join satu group of student untuk membantu mendapatkan pembelaan terhadap Rumah Jagaan OKU Nur, untuk pengetahuan semua, pusat jagaan ini telah beroperasi dari tahun 2005 hingga 2015 iaitu selama lebih kurang 10 tahun. Sepanjang operasi, pusat jagaan ini sudah 4 kali bertukar tempat akibat tidak menddapat kelulusan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan menurut Akta Pusat Jagaan 1993 dan syarat yang tidak ditepati ialah kerana kedudukan rumah dan masalah pemilikan rumah. Pengusaha Pusat Jagaan Titian OKU Nur ini bukanlah individu berlatarbelakangkan keluarga berada mahupun golongan berpangkat dan berharta, beliau hanya seorang wanita yang kelainan upaya namun berjiwa murni mahu membantu mereka yang senasib sepertinya dan orang-orang tua yang dilupakan pengorbanan oleh anak-anak. 57 orang penghuni di sini yang terdiri dari kanak-kanak OKU, OKU dan warga tua yang dihantar oleh keluarga dan ada juga yang meminta ruang untuk menghabiskan sisa-sisa hidup disini. Ruang kecil yang dikongsi masih mereka syukuri namun mereka ini bakal diusir dari ruang yang umpama dunia dan segalanya pada mereka. Pengusaha diminta mengosongkan premis operasi dalam tempoh dua bulan lagi iaitu ketika kita semua gembira menyambut Aidilfitri hanya kerana tidak mendapat kelulusan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. urm.. kebajikan?. siapa yang mampu bela kebajikan mereka ini, jika tempat bergantung juga seakan menggantung mereka..? x mengapa, kita usaha lebih sedikit lagi untuk bantu mereka yang kini hidup umpama telur dihujung tanduk..apa yang kami mampu lakukan kini, ialah mengusahakan kawasan yang sesuai dan melengkapi prosedur yang dikehendaki, tapi jika kerenah birokrasi umpama menguji, ketika itu kuasa mahasiswa akan kami tonjolkan.. kepada awak awak diluar sana, jika mampu, mungkin material sangat membantu, jika ikhlas , doa dan sokongan amat dihargai.. teruskan menanti update dari saya n team melalui fb saya, ‘fazliyana fadzil’ dan selaku head of our team ‘anif azami’ for this serious issue. Keprihatinan anda, Harapan bagi mereka.. jangan lupa pm jika ada yang berminat untuk membantu dan kami membuka seluas2 pintu gerbang menjemput anda untuk turut sama membela nasib rumah jagaan ini.. #KeadilanUntukYangTertindas #SelamatkanPusatJagaanTitianOKUNur #MisiBantuPusatJagaanTitianOKUNur

Pesanan Penulis : entri kali ni serious matter,mohon share and spread the news k.moga usaha kecil kita dapat membantu…lagi satu nak pesan untuk saya dan awak awak kat luar sana..rezeki yang Allah kurnia bukan sepenuhnya milik kita, ada hak orang lain didalamnya..  🙂

last word dari saya..
Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab i suka  😉

4 comments

  1. rahimirezaf · May 25, 2015

    Reblogged this on rahimirezaf.

    Like

  2. Daengselili · May 26, 2015

    wslm wbt, kita sibuk nak taja orang luar dgn sumbang..tapi orang Malaysia sendiri merempat..

    Like

    • faz fadzil · May 26, 2015

      ye, betul..fokus pada isu dalam dan yg terdekat terlebih dahulu..

      Like

    • projekdialog69 · June 9, 2015

      agree with your statement bro..samalah kita tgok hari ni politikus sama politikus berperang tpi yang marhaen masih merempat

      Liked by 1 person

Leave a comment