Transgender dan Cahaya

Pondan,maknyah,bapok..itu yang sering kau gelarkan aku. Kau jijik melihat aku, bermula dari wajah, lekuk tubuh, lenggok suara dan perwatakkanku. Setiap inci diriku engkau hujani dengan cemuhan tajam yang menjadikan aku ini manusia tanpa darjat di dunia. Kau menjatuhkan hukuman neraka padaku, kau hina, hina dan terus hina. Langkah keluar pertamaku dari pintu, kau iringi dengan jelingan sinis mu, kau selingkan dengan jenaka bodohmu, kau tampil bersahaja meletakkan aku di lembah durja. Hidup aku tidak sunyi dari malapetaka yang kau cipta. Pernah dulu, aku cuba lari dari dunia kelabu. Pilih warna hitam atau putih dan bukan diantara keduanya. Pernah dulu, aku kembali pada apa yang mereka gelar sebagai kejadian azali, namun ia tidak semudah memakai dan menanggal celana. Tika aku merangkak mencari cahaya, tika itu datangnya bencana, yang membuatkan aku benci pada dunia. Aku diheret umpama tak bernyawa, diperkosa mereka yang berkuasa. Perkosa? Kau anggap ia jenaka. Mana mungkin wanita fotokopi sama tarafnya dengan yang asli. Jika benar kau anggap aku begitu rupa, mengapa nafsu buasmu, rakus meratah setiap inci tubuhku. Aku yang kau kira hina, kau paksa jika mahu ,kau humban jika tak perlu. Aku juga ada jiwa, ada maruah yang perlu kau hormati. Aku tidak ganggu sesiapa, aku hidup hanya beridentitikan apa yang aku rasa kena dengan jiwa. Ya, aku tahu, aku berdosa pada agama yang satu tapi adakah aku berdosa pada kau? Adakah aku berdosa pada mereka?. Kau tahu jawapannya. Layakkah kau menjadi pemutus syurga neraka. Jika kau benar ahli syurga,pimpinlah aku ke sana. Aku perlu daya dan cahaya untuk aku terus memadam dosa.
Coretan di atas bukan berniat untuk menyokong golongan transgender ataupun menyelar golongan tersebut. Namun lebih kepada memperingatkan tentang tanggungjawab sebenar sebagai manusia. Kadang kita leka menghukum tanpa rasa berdosa, mungkin kerana kita tidak ditempat mereka ataupun mungkin itu cara kita mengekspresikan keprihatinan..tapi fikirkan kembali, adakah niat menghalalkan cara?.Pesanan terakhir, baiki niat, susun langkah dan suluhkan cahaya.

pesanan penulis : lihat dunia mereka dengan kanta berbeza =)

akhir kata,
Assalamualaikum, tak jawab dosa, kalau jawab i suka 😉

love, faz fadzil

Advertisements

One comment

  1. projekdialog69 · June 9, 2015

    Reblogged this on dbp.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s